"THE IRON LADY"
Datuk Dr. Maznah adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan
Securiforce. Beliau telah membawa Securiforce yang tidak dikenali langsung
30 tahun dahulu menjadi sebuah syarikat kawalan keselamatan yang terbesar di
Malaysia dan berjaya menyaingi lebih 400 buah syarikat lain seumpamanya.
Beliau kini mengepalai lebih 65 buah cawangan, mengetuai
lebih 6,000 kakitangan, dan dikelilingi dengan ratusan senjata api dan puluhan
van kalis peluru. Apa yang lebih membanggakan, van kalis peluru tersebut telah
direkacipta dan dihasilkan oleh Securiforce sendiri. Ramai juga yang tidak
menyedari bahawa perkhidmatan Securiforce bukan terhad kepada ‘static guard’
sahaja malah turut merangkumi logistik, cash-in-transit, pengurusan tunai, high
- tech cargo management, perkhidmatan ‘armoured trucking’, dan pelbagai
perkhidmatan yang lain. Securiforce memberikan pakej keselamatan yang lengkap
dan total, mempelopori konsep ‘total security’.
Hasil daripada kegigihan beliau dan ‘team’nya menerajui
syarikat, kini Securiforce mempunyai beberapa buah anak syarikat yang sedang
berkembang maju. Antaranya ialah Danau Lumayan, pemaju hartanah di
Bandar Tun Razak. membina pangsapuri /kondominium mewah, ‘penthouse’ yang
eksklusif dan lot – lot kompleks perniagaan.
Bagi menepati keperluan semasa, Securiforce juga bergiat
aktif dan telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa dengan menubuhkan Securiforce
Logistik (agen penghantaran darat, laut dan udara), beliau telah
melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa meliputi rantau Asia, Eropah dan
Timur Tengah. Securiforce Logistik memiliki cawangan di Singapura,
Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman. Apa yang menarik mengenai 'success
story' Datuk Dr. Maznah ialah kesemua anak syarikatnya ditubuhkan dan
berkembang maju tanpa sebarang bantuan kewangan daripada bank. Kejayaan ini,
amat dikagumi oleh pelbagai pihak dan segala lapisan masyarakat. Prinsip
kejayaan beliau ialah 'modal perniagaan yang sebenarnya adalah dirinya
sendiri'.
Beliau merupakan seorang yang dinamik, berfikiran positif,
bersemangat waja, cekal dan berani menanggung risiko. Beliau memegang teguh
prinsip 'kita mesti sanggup bekerja lebih daripada gaji yang dibayar,
maka akhirnya kita akan mendapat lebih dari apa yang kita kerjakan'.
Prinsip ini telah membawa kejayaan besar di dalam bidang kerja dan
perniagaannya membolehkan beliau berada di tahap sekarang.
Beliau merupakan seorang ‘pendidik’ , GURU Keusahawanan
serta aktivis kemasyarakatan yang dikenali oleh seluruh peringkat masyarakat
didalam dan di luar negara. Berdasarkan kepada ciri-ciri kepimpinan dan
keusahawanan yang begitu ketara pada diri beliau, beliau telah diundang untuk
memperkenalkan rancangan motivasi di TV3 pada tahun 1990. Disitulah
beliau menjadi kaunselor motivasi dan 'success counsellor' dimana kita sering
mendengar suaranya di radio dan melihat wajahnya di kaca TV. Kemunculan beliau
yang meluas di TV1, TV2, TV3, Astro serta pelbagai bentuk media yang lain
menambahkan populariti beliau sebagai seorang tokoh masyarakat yang disegani.
Selain daripada itu, beliau juga merupakan pakar motivasi, pembangunan insan
dan keusahawan serta 'success counselor' di institusi - institusi
pengajian tinggi.
Oleh kerana minatnya yang begitu besar terhadap pembangunan
insan, beliau telah menubuhkan MMC, Maznah Motivational Centre yang
mengelolakan seminar-seminar keusahawanan dan pembangunan insan. Ketahanan, ’guts
feeling’, kekebalan, ’persistency’ dan ‘sustaining power’ yang beliau miliki
merupakan aset utama diri beliau dan itulah yang cuba diterapkan kepada orang
ramai melalui seminar ”ZERO TO HERO” dan ’AWAKEN THE SPIRIT OF
ETREPRENEURSHIP/INTRAPRENEURSHIP’. Melalui seminar ini, beliau ingin
membangkitkan dan menyerapkan semangat keusahawanan ke dalam diri setiap insan.
Beliau telah berjaya menerbitkan buku bertajuk 'MOTIVASI
MEMBURU KEJAYAAN' (versi Melayu dan Mandarin), Buku Mini Siri Rahsia 3K –
Kejayaan, Kebahagiaan dan Kekayaan serta menerbitkan Album Motivasi Musikal 3K
yang mendapat sambutan hangat berdasarkan kepada pengalaman serta
prinsip-prinsip yang menjadi amalan kepada dirinya di dalam usahanya memburu
kejayaan.
Beliau juga memiliki Phd, Ijazah Kedoktoran Pentadbiran
Perniagaan dalam bidang Keusahawanan, Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari
Central State University of New York dan juga Presiden, Malaysian Association
of Professional Speakers (MAPS). MAPS kini merupakan Ahli International Federation
for Professional Speakers (IFFPS).
http://www.sinarharian.com.my/personaliti/iron-lady-inspirasi-wanita-1.211501
http://www.sinarharian.com.my/personaliti/iron-lady-inspirasi-wanita-1.211501
Beliau juga merupakan seorang wanita yang sangat aktif di
dalam persatuan dan memegang berbagai jawatan. Antaranya beliau telah dilantik
menjadi
- Vice
President of the Women World Entrepreneur Association (FCEM)
- Ahli
Lembaga Pengarah Golden Hope Plantations Berhad
- Ahli
Lembaga Pengarah Yayasan Sultanah Bahiyah, Kedah
- Felo
Adjung Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia - (UUM)
- Pengerusi,
Ahli Lembaga Pengarah Uniutama Property Sdn Bhd. (UPSB) - UUM
- Ahli
Lembaga Pengarah, Uniutama Managament Holdings Sdn Bhd (UMHSB) – UUM
- Ahli
Majlis Pembangunan Usahawan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
(MECD)
- Ahli
Majlis Penasihat Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)
- Ahli
Majlis Pelan Tindakan Pembangunan Ummah, Jabatan Perdana Menteri
- Ahli
Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
- Pengerusi,
Biro Keusahawanan, Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
- Ketua
Wanita, Pergerakan Wanita UMNO Negeri Kedah
- Ketua
Wanita, Barisan Nasional, Negeri Kedah
- Pengerusi,
Ekonomi & Keusahawanan Wanita UMNO Negeri Kedah
- Ketua
Wanita, Pergerakan Wanita UMNO Negeri Kedah, Bahagian Jerlun
- Pengerusi,
Majlis Pembangunan Wanita & Keluarga (MPWK) Parlimen Jerlun, Kedah
- Presiden
Kehormat USAHAWATI
- Presiden
, Malaysian Association of Profession Speakers (MAPS)
- Advisor,
Excellerated Business School Inc, USA
- Advisor,
Success Resources Training School, Pte Ltd
Di atas kecemerlangan dan ketokohannya, beliau telah
dikurniakan anugerah-anugerah berikut :
- Anugerah
Graduan Cemerlang Daya Kepimpinan Diri - PDL.
- Anugerah
Tokoh Usahawan – DPMM (WP) – 1990
- Anugerah
Wanita Cemerlang Tan Sri Fatimah Hashim -Avon
- Anugerah
Wanita Kehormat - Universiti Putra Malaysia
- Anugerah
Khas Hari Kualiti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)
- Anugerah
Kecemerlangan Wanita 2005 – Majalah Her World
- Anugerah
Wanita Kedah Cemerlang 2006 – Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
- Tokoh
Usahawan 2006 – DPMM – Kedah
- Anugerah
BrandLaureate –SMEs, Brand Personaliti 2007 – (The Asia Pacific Brand
Foundations - APBF)
- Anugerah
Ibu Usahawan 2008 – AVON
- Anugerah
Ijazah Kehormat Keusahawanan 2008 – Help University
- Anugerah
‘Tribute to Women 2008’ – (Usahawan)
- Anugerah
Usahawan Luarbiasa – National Women Entrepreneurs Award 2008 - (NWEA -
SMIDEC)
- Anugerah
Phd, Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Keusahawanan,
Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari Central State University of New
York
- Anugerah
Perdana Menteri Usahawan Wanita 2011 (Finalis)
- Anugerah
Platinum Entrepreneur Award 2011 – SME Recognition Award 2011
- Anugerah
Tokoh Ibu Harmoni 2012 – Utusan Karya
Beliau adalah ibu kepada 5 orang anak dan 4 cucunda.
Keluarga merupakan pemangkin utama kejayaan dan sumber inspirasi beliau.
Malahan anak-anak juga telah dilatih serta diterapkan semangat keusahawanan
semenjak awal lagi. Demikianlah diantara simbol kejayaan beliau sehingga beliau
dianggap sebagai model usahawan yang berjaya dan dikagumi masa kini. Maka tidak
asinglah jika beliau diberi gelaran “THE IRON LADY”.https://www.facebook.com/notes/prof-dr-rozieta-shaary/pesanan-kejayaan-seorang-yang-berjiwa-besar-dan-berhati-mulia-sahabatku-datuk-dr/450208668359104
No comments:
Post a Comment