PROFAIL
USAHAWAN
Puan Rozita adalah anak kelahiran Sungai Besar ,
Selangor. Beliau telah dibesarkan di Felda Palong 7. Gemas, Negeri Sembilan.
Beliau adalah wanita yang berasal dari keluaraga yang sederhana. Bapa beliau dulunya adalah merupakan seorang ustaz dan guru agama di kawasan felda walaupun
kini telah lumpuh. Manakala ibunya adalah seorang suri rumah sepenuh masa.
Kesusahan hidup amat dirasai oleh beliau yang merupakan anak sulung daripada
enam beradik. Berbekalkan semangat dan keazaman yang tinggi, menjadilan beliau seorang
yang matang dan tabah dalam mengenal erti sebuah kehidupan.Sebelum bergelar
usahawan, Rozita ibrahim terpaksa menempuh onak dan duri dan beliau pernah
melalui pengalaman pahit menjadi ibu tunggal. Beliau telah menanamatkan zaman
gadis dalam usia yang terlalu muda dengan lelaki pilihan keluarga. Dalam usia
itu, Rozita tidak berpeluang memikirkan
tentang kerjaya. Hidupnya banyak di
habiskan dengan keluarga di samping membantu suami dengan menoreh, membekalkan makanan dan dan membuat kontrak perladangan pada pendatang asing serta
menjalankan perniagaan kedai runcit di felda kechau 1, sempadan Gua musang.
Tragedi buruk berlaku ketika menyara anak yang berumur 3 bulan bila mana
terpaksa menggantikan susu dengan air sirap kepada bayinya. Anak keduanya pernah sakit dan lumpuh serta terpaksa menggunakan tumbuhan hutan untuk mengubatinya.
“sayangnya arwah anak beliau tidak berpeluang merasai kesenangan. Dia pergi kerana tidak mendapat
rawatan terbaik.Lantaran dari perkara itu, Puan rozita mengambil inisiatif lain
untuk berkerjadi sector perladangan bagi
menampung kehidupan sekeluarga. Pengalaman bekerja di sektor perladangan ini
telah menemukan beliau dengan pelbagai golongan warga asing yang mahir dalam
perubatan yang berasal dari Lambok,Acheh, Madura, Batak dan Pattani di sekitar
tahun 1987. Ini membantu beliau meluaskan lagi pengetahuan dan minatnya dalam
bidang perubatan herba.Beliau menyedari bahawa pekerja- pekerja asing ini kuat
bekerja walaupun mereka hanya mengalas perut. dengan sedikit makanan sahaja,
radsianya ialah herba- herba dari hutan yang menjadikan mereka sihat walaupun tidak mendapat makanan yang sihat.
Seterusnya. Beliau menceburi bidang perniagaan secara kecil – kecilan seperti
menjual rokok ketek, akbar, majalah dan nasi lemak dengan menggunakan motosikal
beliau sanggup mengenepikan pandangan orang di sekeliling yang sering memandang serong terhadap wanita yang sanggup
melakukan kerja orang lelaki. Dalam fikiran beliau, apa yang paling utama ialah
diri dan anak –anaknya. Puan rozita kuat berpegang pada prinsipnya,
“sesiapa yang malasberusaha dan membuang masa adalah orang
yang bodoh lagi merugikan.”
Bagi beliau, mencari rezeki yang halal adalah sesuatu yang perlu
dibanggkan dan tidak ada apa yang perlu dimalukan. Pelbagai juga pekerjaan yang
telah dilakuan dan berkat kesabaran, beliau akhirnya berjaya mengumpulkan modal
sebanyak RM 2000.00.Dengan berbekalkan wang simpanan, Puan Rozita berhijrah ke Kuala Lumpur
secara bersendirian. Beliau terpaksa meninggalkan anaknya dikampung
di bawah jagaan suaminya. Dengan seribu impian dan semangat yang membara,
beliau mengharapakan penghijrahan kali ini akan dapat mencorakkan kehidupan yag
lebih sempurna kepada keluarganya. Pelbagai jenis pekerjaan yang telah dicuba
untuk menampung empat orang anaknya. Beliau pernah bekerja sebagai operator
pengeluaran, penyambut tetamu, dan pernah bekerjasebagai pekerja hotel dengan
gaji serendah RM350.00 sebulan. Dugaan demi dugaan, beliau hadapi sama ada dari
segi kewangan mahupun masalah keluarga yang tidak dapat dielakkan.Beliau mula
mengorak langkah baru dengan bekerja di Publishing Group dan seterusnya menimba
pelbagai pengalaman samada dari golongan bawahan mahupun atasan.
Seterusnya, Puan Rozita menimba pengalaman dalam bidang perniagaan apabila
bekerja di bahagian hartanah yang mendedahkan beliau untuk berurusan dalam
perniagaan dan telah belajar untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris sebagai
persediaan memulakan perniagaan. Pada masa inilah beliau mula membuat ubatan
secara kecil – kecilan dirumah bagi menambah sumber pendapatan serta mengumpul
modal.Pada tahun 1997, dengan bermodalkan RM400 daripada hasil gadaian barang –
barang kemas, Puan Rozita memulakan perniagaan dalam menghasilkan formulasi
baru dan ingin melihat potensi harba tradisional dan penerimaannya pada
masyarakat di Malaysia. Beliau samggup menjalankan ujikaji dengan mengemukkan
badannya sendiri sebanyak tiga kali dan akhirnyaberjaya menurunkan semula.
Akhirnya beliau telah berjaya menjalankan perniagaanya sendiri berkat
keasabaran dan azam yang tinggi. Apa yang pasti,wanita tabah ini sentiasa belajar
untuk membina diri sebagai wanita yang kental.Baginya, keperitan dan
penderitaan hidup adalah “buah tangan “ termahal dijadikan landasan untuk terus
melangkah.Dari semangat yang kental pelbagai cabaran yang pernah
dilalui,kegagalan yang pernah dialami beliau bangkit dengan azam yang kukuh.
Bermula dari sinilah beliau telah membuka syarikat pada tahun 1999 dan nama
“SENDAYU TINGGI”telah
di wujudkan. Walaupun mengusahakan secara kecil –kecilan beliau telah mendapat
sebanyak RM10,000 – RM30,000 sebulan dan telah mula dikenali serta
diterima oleh pengguna sejak tahun 2000.Nama Sendayu Tinggi adalah berasal dari
perkataan Saneh Dayo(nama sejenis pokok mengikut suku kaum ulu Pahang) yang
bermakna Seni Dayung Tinggi di bawah cita – cita agung beliau. Maka lahirlah
nama Sendayu Tinggi yang diimpikan selama ini seiringan dengan menyahut kata-kata Perdana Menteri Malaysia disamping menaikkan taraf hidup dan taraf
pemikiran orang melayu baru.Kini puan Rozita boleh berbangga dengan pencapaian
beliau dalam bidang perniagan yang berkaitan dengan perubatan tradisional yang
berasaskan herba.
Nama “Sendayu Tinggi” kini begitu dikenali
dan dipercayai kebekersananya oleh para pengguna.Setelah 5 tahun mengharungi
pahit getir dalam dunia perniagaan, PuanRozita yang mengkagumi tokoh Lim Goh
Tong dan Boon Siew Honda akhirnya memahat nama sebagai seorang saudagar produk
kecantikan atas nama yangmakin dikenali, Sendayu Tinggi. Apa yang membanggakan,
Sendayu Tinggi kinimempunyai 9 anak syarikat dibawahnya iaitu :
a)
SENDAYU TINGGI HOLDING SDN BHD
b)
SENDAYU TINGGI CORPORATION (M) SDN BHD
c)
SENDAYU TINGGI BODY & SKINCARE (M) SDN BHD
d)
SENDAYU TINGGI MANUFACTURING (M) SDN BHD
e)
ST COSMETICS & FRAGRANCES (M) SDN BHD
f)
SENDAYU TINGGI LOGISTICS (M) SDN BHD
g)
ST ADVERTISING AGENCY SDN BHD
h)
ETHNIQUE FOOD INDUSTRIES SDN BHD
i)
C MAX EXHIBITION & PROMOTION, SENDAYU
TINGGIPROPERTIES & MANAGEMENT SDN BHD
Sendayu Tinggi kini mampu memiliki bangunan sendiri
tiga tingkat diBandar Bukit Tinggi klang , dan Ibu Pejabat Sendayu Tinggi
cawangan kualaLumpur. Selain itu, mempunyai bangunan 4 tingkat dan satu tingkat
yang terletakdi Bandar Baru klang., Selangor yang dijadikan sebagai stor produk
sendayutinggi. Sendayu Tinggi juga telah mempunyai kilang pemprosesan herba
bagiproduk tradisional iaitu “SENDAYU TUNGGI MANUFACTURING (M) SDN BHD.”
Kilang ini telah memperolehi lesen Amalan
Perkilangan Baik (GMP) dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia
serta pelbagai asset seperti tanah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Jumlah
pengedar beliau ialah lebihdari 2000 orang di seluruh Malaysia, Brunei dan
Singapura dan yang terbaru diJepun, China, Taiwan dan Korea dengan usahasama
MATRADE. Bukan setakat perniagaan menjual herba namun wanita ini lebih suka
mendekatkan diri dengan masyarakat terutamanya golongan susah, ibu tunggal,
orang tua dan anak yatim.Matlamat perniagaannya ialah,“Dunia Perniagaan seperti
dalam pertempuran. Kemenangan adalah matlamat. Azam sentiasa di genggam. Dalam
konteks perniagaan, pasti ada keuntungan. Pun begitu, beliau ingin memberikan
kualiti yang terbaik kepada pelanggan. Apa yang beliau perolehi, beliau
salurkan kepada masyarakat terutama golongan susah, ibu tunggal, orang tua dan anak
yatim. Baginya, itulah nilai sebuah kasih sayang yang tidak dapat dijual beli dengan
wang ringgit. Beliau sayangkan masyarakat dan beliau juga ingin disayangi oleh
masyarakat. Harapan utama ialah beliau mahu mewarnai masyarakat , wanita, ibu
tunggal khususnya dari pelbagai aspek.Menitikberatkan kasih sayang itulah
kepuasan dalam diri saya.Dengan kasih sayang beliau berharap agar dapat
menyuntik semangat keberanian dan jati diri yang kukuh dalam diri dan masyarakat.
Beliau perlukan kasih sayang begitu juga manusia lain.Sungguhpun begitu, beliau
mahu pengedarnya kasih dan sayang kepadanya dan Sendayu Tinggi separti mana saya
kasih dan beliau kepada pengedar dan pengguna seterusnya kepada muslimin
dan muslimah seagama dan bangsa.
Matlamat dalam perniagaan pastinya sasarannya
keuntungan. Sungguhpun begitu, jihad dan perjuangan besar beliau ialah
memperbaiki diri, membantu keluarga, membantu golongan wanita yang ingin
berniaga., membantu golongan fakir miskin dan membangunkan anak bangsa.beliau
percaya, zaman dahulu siapa kuat dia raja tetapi kini siapa bijak dialah raja.
Walaupun kini ramai yang cerdik dan pandai namun masih ada juga yang tidak
berjaya dalam kerjaya.Nilai-nilai murni inilah membuatkan saya kagum terhadap
usahawan ini kerana selain dapat memberi motivasi kepada saya dalam masa yang
sama nilai yang ada padanya dapat membakar semangat saya untuk menjadi usahawan
yang berjaya malah membantu sesama manusia adalah sikap yang paling mulia.
SENDAYU
TINGGI HOLDING SDN BHD
- OBJEKTIF SYARIKAT -
Membantu masysrakat dalam memperbaiki serta
menyelesaikan masalah kesihatan terutama berkaitan kesihatan dalaman yang perlu
dititik beratkan bagi menjamin kehidupan yang lebih sempurna.Selain itu untuk
membantu Bumiputera dalam dunia perniagaan dan memberikan semangat untuk
berdaya saing dalam dunia perniagaan.
- PRINSIP SYARIKAT -
Memartabatkan “Sendayu Tinggi”sebagai sebuah
syarikat yang terbaik denganmengeluarkan produk kesihatan yang berkesan
disokong dengan rancanganpemasaran dan kebajikan yang terbaik. Hanya produk
yang bermutu dapa tmenjamin jualan jangka masa panjang dan perancangan yang
sempurna menjadi nadi korporat dalam menjamin kejayaan jangka panjang.
- VISI SYARIKAT -
Menjadi sebuah syarikat yang terbaik dalam
menyediakan perkhidmatan yang professional dalam menyediakan herba tradisional
dan menepati citarasapelanggan berlandaskan garis panduan yang telah ditetapkan
oleh kerajaanMalaysia.
- MISI SYARIKAT -
Di dalam meneruskan perjuangan di dalam pengeluaran
tradisional, syarikat Sendayu Tinggi berhasrat untuk meluaskan lagi rangkaian
perniagaan dalammenikgkatkan lagi keupayaan pengeluaran dan rancangan pemasaran
yanglebih dinamik di samping mengekalkan ciri – ciri berikut :
Mengawal selia kualiti setiap produk.
Memberi kepuasan dan menyumbang khidmat
kepadapelanggan mengikut keperluan.
Meningkatkan keberkesanan dan manafaat
bersama.
Sentiasa berusaha untuk mengeluarkan produk terkini yanglebih
berkesan dan perkhidmatan yang cemerlang bagi memenuhi citarasa pelanggan
tempatan dan juga luar Negara yang lebih meluas.
Memantapkan serta memartabatkan
industri herba tradisional ke tahap yang lebih menbanggakan dan
memperkenalkanproduk herba ini kepada masyarakat umum sama ada daridalam
mahupun luar negara.
Mewujudkan suasana kerja yang lebih
efektif dan melahirkan pekerja yang terlatih serta bermotivasi tinggi dalam memenuhi
kehendak syarikat.
KOMPETENSI – KOMPETENSI KEUSAHAWANAN.
1.BERINISIATIF
Pengalaman bekerja di sektor perladangan ini telah
menemukan beliau dengan golongan warga asing yang mahir dalam perubatan harba
yangberasal dari Lambok, Burma, Acheh, Madura, Batak dan pattani di
sekitar tahun 1987. Ini membantu beliau meluaskan lagi pengetahuan
danminatnya dalam perubatan herba.
2.MELIHAT & MEREBUT PELUANG
Beliau Menyedari bahawa pekerja – pekerja asing ini
kuat bekerja walaupun meraka hanya mengalas perut dengan sedikit makanan
sahaja.Rahsianya, ialah herba – herba dari hutan yang menjadikan mereka
sihatwalaupun tidak mendapat makanan yang berkhasiat.
3.KECEKALAN
Puan rozita sebelumnya menceburi bidang perniagaan
secara kecil –kecilan seperti menjual rokok kretek, akhbar, majalah dan nasi
lemakdengan menggunakan motosikal. Beliau sanggup mengenepikanpandangan orang
lain di sekeliling yang sering memendang serongterhadap wanita yang sanggup
melakukan kerja orang lelaki. Di dalamfikiran beliau, apa yang paling utama
ialah anak – anak nya. Puan Rozitakuat berpegang pada prinsipnya, “ sesiapa
yang malas berusaha danmembuang masa adalah orang yang bodoh lagi merugikan.
4.KEYAKINAN DIRI YANG TINGGI.
Pada tahun 1997, dengan bermodalkan RM400 daripada
hasil gadaian barang –barang kemas, puan Rozita memulakan perniagaan dalam
menghasilkan formulasi baru dan ingin melihat potensi harba tradisional dan
penerimaannya pada masyarakat di Malaysia. Beliau sanggup menjalankan ujikaji dengan
mengemukkan badannya sendiri sebanyak tiga kali dan akhirnya berjaya menurunkan
semula. Akhirnya beliau telah berjaya menjalankan perniagaanyasendiri berkat
keasabaran dan azam yang tinggi. Apa yang pasti, wanita tabah inisentiasa
belajar untuk membina diri sebagai wanita yang kental.
5. BERTENAGA
Dari semangat yang kental pelbagai cabaran yang
pernah dilalui, kegagalanyang pernah dialami beliau bankit dengan azam yang
kukuh. Bermula dari sinilahbeliau telah membuka syarikat pada tahun 1999 dan
nama“SENDAYU TINGGI”telah di wujudkan. Walaupun diusahakan secara kecil
– kecilan beliau telahmendapat sebanyak RM10,000 – RM30,000 sebulan
dan telah mula dikenaliserta diterima oleh pengguna sejak tahun 2000.
6. BERMATLAMAT DAN BERWAWASAN
Kini puan Rozita boleh berbangga dengan pencapaian
beliau dalam bidangperniagan yang berkaitan dengan perubatan tradisional yang
berasaskan harba.Nama“Sendayu Tinggi”kini begitu dikenali dan dipercayai
kebekersananya olehpara pengguna. Setelah 5 tahun mengharungi pahit
getir dalam dunia perniagaan, Puan Rozita yang mengkagumi tokoh Lim Goh
Tong dan Boon SiewHonda akhirnya memahat nama sebagai seorang saudagar produk
kecantikan atas nama yang makin dikenali, Sendayu Tinggi. Apa yang
membanggakan,Sendayu Tinggi kini mempunyai 9 anak syarikat dibawahnya iaitu :
·
SENDAYU TINGGI HOLDING SDN BHD
·
SENDAYU TINGGI CORPORATION (M) SDN
BHD
·
SENDAYU TINGGI BODY & SKINCARE
(M) SDN BHD
·
SENDAYU TINGGI MANUFACTURING (M)
SDN BHD
·
ST COSMETICS & FRAGRANCES (M)
SDN BHD
·
SENDAYU TINGGI LOGISTICS (M) SDN
BHD
·
ST ADVERTISING AGENCY SDN BHD
·
ETHNIQUE FOOD INDUSTRIES SDN BHD
·
C MAX EXHIBITION & PROMOTION,
SENDAYU TINGGIPROPERTIES & MANAGEMENT SDN BHD
FAKTOR KEJAYAAN DAN FAKTOR PENGHALANG
FAKTOR KEJAYAAN
1.MAHU MENGUBAH HIDUP DAN NASIB KELUARGA.
Puan Rozita bercita- cita tinggi mahu mengubah nasib
keluarga termasuk beliau yang yang selama ini hidup susah. Keperitan hidup
membuatkan beliau bertekad menceburi bidang perniagaan setelah pengalaman bekerja di
kebanyakan syarikat yang beliau bekerja di syarikat tersebut tidak
membuahkan hasil.
2.MENYAHUT DASAR KERAJAAN
Selaras dengan dasar kerajaan menggalakkan kaum
bumiputra menceburi bidang perniagaan, Puan Rozita menyahut saranan
tersebut.Berbekalkan semangat yang tinggi, walaupun hanya bermodalkan
wangRM400, beliau telah berjaya menjadi seorang usahawan yang berjayaseperti
pada masa sekarang ini.
3.TERDAPAT SISTEM SOKONGAN KERAJAAN
Bagi Puan Rozita, terdapat sistem sokongan kerajaan
seperti MATRADEiaitu sebuah badan yang membantu bagi mengembangkan perniagaannya
ke luar Negara. Ini dapat membantu beliau meluaskan pasaran dan perniagaan
produk beliau ke luar Negara untuk diperkenalkan di negara – negara tersebut.
FAKTOR PENGHALANG
1.PELUANG TERBATAS
Bagi puan Rozita, beliau bertekad untuk menceburkan
diri ke bidang keusahawanan kerana faktor kerja di kilang sebelum ini yang
tidak menentu kerana tidak dapat membantu keluarga dan anak - anakbeliau.
Semasa bekerja di kilang juga, beliau tidak dapat untuk memperbaiki dirinya.
2.KETIDAKPUASAN
Puan rozita menceburkan diri dalam bidang usahawan
kerana azam beliau untuk memajukan diri disamping membantu keluarga dan anak-
anak. Hasil dari jawatan sebagai operator pengeluaran membuatkan beliau tidak
dapat membantu keluarga, kerana gaji yang rendah.
No comments:
Post a Comment