Burger Ramly merupakan produk bumiputera milik
Ramly bin Mokni yang telah menjadi salah satu makanan segera yang popular di
Malaysia. Burger Ramly lebih mudah didapati gerai makanan ditepi jalan dan
restoran. Kemudiannya, Burger Ramly telah menular ke Singapura dan menjadi
makanan segera yang popular dikalangan penduduk Singapura.
Ramly Food Processsing adalah industri bumiputera yang terkenal dalam industri
pembuatan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasilan laut
berjenama ramly, Burger, nuget, frankfurter dan drummet adalah diantara produk
yang paling diminati.
Diasaskan pada tahun 1984 oleh Tuan Haji Ramly b. Mokni dan Puan Hajjah Shala
Siah Bt. Abdul Manap dari cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan
produk yang halal, bersih dan bermutu.
Kini syarikat ini telah mempunyai 2 buah kilang pemerosesan di Kawasan
Perindustrian Bandar Tun Razak, Cheras dan di Taman Perindustrian IKS, Mukim
Batu, Kuala Lumpur dengan menawarkan peluang pekerjaan dari pengurusan,
pengeluaran hinggalah ke pemasaran produk. Produk berjenama ramly kini begitu
unggul di pasaran Malaysia dan bakal ke taraf antarabangsa.
RINGKASAN TENTANG PERMULAAN PERNIAGAAN
Ramly Mokni bermula sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di ibu kota
pada awal 1970an di mana kebanyakan makanan sejuk beku yang tidak pasti halal
haramnya, telah mencetuskan idea beliau untuk menghasilkan daging burger dan
sosej yang ditanggung halal untuk dimakan oleh umat Islam di negara ini. Sifat
beliau ini jelas menunjukkan beliau adalah seorang yang bijak merebut peluang
dan berdaya kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh. Selain itu, beliau
tidak pernah putus asa walaupun usahanya pernah diperlekehkan oleh masyarakat
dan juga pihak bank yang telah menolak permohonan pinjamannya. Namun, dengan
simpanan sendiri dan juga bantuan pinjaman yang diberikan oleh Bank Pembangunan
dan Malaysia Berhad telah membolehkannya mengorak langkah untuk memajukan
perniagaannya. Sekaligus telah membuktikan peranan agensi kerajaan adalah amat
penting.
JENIS WARUNG ATAU GERAI RAMLY BURGER DI MALAYSIA
Lebih dari 120 orang
pemborong berdaftar sebagai anak syarikat bagi mengedarkan produk-produk RAMLY.
Kesemua pemborong berdaftar ini dibawah pemasaran Ramly Mokni Sendirian Berhad.
Syarikat pemasaran ini beribupejabat di Desa Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur.
Penubuhan syarikat ini bertujuan dalam menawarkan khidmat jualan kepada
pelanggan. Bagi memastikan pengedaran dan penghantaran produk dijamin kualiti
dan kesegarannya, kenderaan kontena sejukbeku digunakan.
Sebuah anak syarikat Ramly yang berobjektif dalam memastikan produknya mudah didapati dipasaran telah ditubuh di Lorong Raja Bot (Off Jalan Raja Alang) di Kuala Lumpur. Anak syarikat ini dikenali sebagai Ramly Supermarket Sendirian Berhad, dan ia beroperasi 24jam. Pembukaan anak syarikat ini bagi memastikan khidmat borong dan runcit boleh dilaksanakan diantara RAMLY dengan penjaja dan orang awam.
Sebuah anak syarikat Ramly yang berobjektif dalam memastikan produknya mudah didapati dipasaran telah ditubuh di Lorong Raja Bot (Off Jalan Raja Alang) di Kuala Lumpur. Anak syarikat ini dikenali sebagai Ramly Supermarket Sendirian Berhad, dan ia beroperasi 24jam. Pembukaan anak syarikat ini bagi memastikan khidmat borong dan runcit boleh dilaksanakan diantara RAMLY dengan penjaja dan orang awam.
FALSAFAH PERNIAGAAN DAN STRATEGI YANG DIGUNAKAN.
Beliau sentiasa memegang kepada prinsip
kejujuran, menitikberatkan mutu barangan yang dihasilkan, keutamaan dan
pandangan pelanggan terhadap barangan keluaran syarikatnya tidak pernah diambil
ringan. Sebarang rungutan dan ketidakpuasan hati oleh pelanggan, beliau pasti
akan memperbaiki mutu produknya dengan berjumpa dengan pelanggan tertentu
dengan kadar segera untuk mengetahui masalahnya. Ini dapat jelas menggambarkan
corak pengurusan beliau yang sangat cekap dan efisyen dalam menangani sebarang
masalah yang timbul. Hasil kegigihan beliau, beliau telah dianugerahkan
beberapa kali Anugerah Usahawan Terbaik .
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pegangprinsip__8216_Halal_BersihdanBermutu__8217_/Article
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pegangprinsip__8216_Halal_BersihdanBermutu__8217_/Article
PENCAPAIAN YANG DICAPAI DARI SEGI BAHAGIAN PASARAN, JUMLAH JUALAN, BILANGAN OUTLETS, PENGIKTIRAFAN, PENGGUNAAN & PENERIMAAN PRODUK, DAN LAIN-LAIN
Dato' Ramli Bin Mokni, pemilik syarikat ini, berpengalaman lebih 30 tahun dalam
bidang ini. Bermula dengan pengeluaran secara manual dan kecil-kecilan, beliau
kini telah berjaya mengembangkan perniagaan ini ke tahap komersial. Bermula
dengan pinjaman yang kecil dari Bank Pembangunan pada tahun 1982, syarikat kini
telah berkembang dan membesar kepada syarikat induk Ramly Mokni Holding Berhad
dan anak-anak syarikat iaitu Ramly Food Processing Sdn. Bhd., Pemasaran Ramly
Mokni Sdn. Bhd., Ramly Supermart Sdn. Bhd. dan Ramly Mokni Bakeri Sdn. Bhd.
Syarikat beliau telah diberikan pengiktirafan sebanyak tiga kali oleh Bank
Pembangunan atas kecermelangan prestasi iaitu Anugerah Projek Terbaik (1982),
Anugerah Pelanggan Pembangunan (1984) dan Anugerah Usahawan Jaya (1992). Bukan
itu sahaja malah pada tanggal 11 Disember 2009 beliau telah menerima pingat
kebesaran berpangkat Dato daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin
Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj sempena
Hari Keputeraan baginda Sultan.
Pada 2008, Ramly Food Processing Sdn. Bhd. membuat pelaburan menjangkau RM15
juta bagi pembesaran kilang di Taman Perindustrian IKS, Batu Caves, Kuala
Lumpur. Pembesaran kilang ini dan penggunaan teknologi yang lebih baik juga
dapat meningkatkan hasil pengeluaran sehingga 3 kali ganda. Di samping mempertingkatkan
pengeluaran dan dalam waktu yang sama kualiti produk menjadi keutamaannya.
Penggunaan teknologi mesin dari awal proses hingga akhir dengan tenaga kerja
yang berkemahiran dalam pengendalian mesin dijangka mampu memastikan matlamat
syarikat ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. SME Bank telah meluluskan
pembiayaan syariah kepada Ramly Food Processing Sdn. Bhd. bagi membiayai kos
pembelian bahan mentah syarikat ini. Produk-produk syarikat ini telah dikenali
ramai dan berkualiti tinggi. Syarikat ini merupakan syarikat Bumiputera
terkemuka yang telah mencipta nama dalam industri makanan sejuk beku di negara
ini.
Pengedaran
Lebih dari 120 orang pemborong berdaftar sebagai anak syarikat bagi mengedarkan produk-produk RAMLY. Kesemua pemborong berdaftar ini dibawah pemasaran Ramly Mokni Sendirian Berhad. Syarikat pemasaran ini beribupejabat di Desa Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. Penubuhan syarikat ini bertujuan dalam menawarkan khidmat jualan kepada pelanggan. Bagi memastikan pengedaran dan penghantaran produk dijamin kualiti dan kesegarannya, kenderaan kontena sejukbeku digunakan.
Lebih dari 120 orang pemborong berdaftar sebagai anak syarikat bagi mengedarkan produk-produk RAMLY. Kesemua pemborong berdaftar ini dibawah pemasaran Ramly Mokni Sendirian Berhad. Syarikat pemasaran ini beribupejabat di Desa Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. Penubuhan syarikat ini bertujuan dalam menawarkan khidmat jualan kepada pelanggan. Bagi memastikan pengedaran dan penghantaran produk dijamin kualiti dan kesegarannya, kenderaan kontena sejukbeku digunakan.
Sebuah anak
syarikat Ramly yang berobjektif dalam memastikan produknya mudah didapati
dipasaran telah ditubuh di Lorong Raja Bot (Off Jalan Raja Alang) di Kuala
Lumpur. Anak syarikat ini dikenali sebagai Ramly Supermarket Sendirian Berhad,
dan ia beroperasi 24jam. Pembukaan anak syarikat ini bagi memastikan khidmat
borong dan runcit boleh dilaksanakan diantara RAMLY dengan penjaja dan orang
awam.
Kualiti
Penubuhan Makma Mikrobiologi yang dijalankan oleh Ramly, bagi mengawal kualiti produk. Tujuan penubuhan makmal ini adalah memasitkan produknya adalah suci (dari pemilihan bahan mentah hingga produk siap) dan selamat untuk dimakan. Selain itu, makmal ini berfungi sebagai satu tempat penyelidikan dan pembangunan produk. Makmal Mikrobiologi Ramly lengkap dengan peralatan teknologi tinggi.
Produksi
Satu kajian penyelidikan dan pembangunan produk dijalankan oleh Ramly, bagi tujuan kesegaran, kelazatan dan kualiti produknya. Cara pembungkusan yang menarik juga dikaji dalam memastikan produk kelihatan menarik dan boleh dinikmati. Pengimplementasi kepakaran teknologi oleh Ramly, adalah memastikan pengeluran daging dan hasil laut dapat memenuhi citarasa pengguna dan pengemar Ramly. Kepakaran teknologi yang digunakan juga memastikan produktiviti produk.
Satu kajian penyelidikan dan pembangunan produk dijalankan oleh Ramly, bagi tujuan kesegaran, kelazatan dan kualiti produknya. Cara pembungkusan yang menarik juga dikaji dalam memastikan produk kelihatan menarik dan boleh dinikmati. Pengimplementasi kepakaran teknologi oleh Ramly, adalah memastikan pengeluran daging dan hasil laut dapat memenuhi citarasa pengguna dan pengemar Ramly. Kepakaran teknologi yang digunakan juga memastikan produktiviti produk.
Produk
Daging burger
Merupakan produk
utama buat syarikat ini. Untuk memasak daging burger Ramly, tidak begitu sukar,
cuma yang diperlukan ialah kuali atau plet leper, penekan daging burger, dapur,
gas masakan, ban burger dan daging burger. Untuk rencah atau isi-isinya pula
ialah timun dan kobis. Untuk bahan perisanya, biasa digunakan ialah sos
Worcester (wu-ches-ter) atau juga dikenali sebagai kicap burger dikalangan orang
Malaysia. Sebagai sos tambahan pula ialah mayonis, sos tomato, sos cili ataupun
sos barbeku.
FAKTOR-FAKTOR UTAMA YANG MENYUMBANG KEPADA KEJAYAAN PERNIAGAAN.
Beliau telah
membuktikan bahawa sesiapa sahaja boleh berjaya walaupun dirinya tiada ijazah atau
dari golongan keluarga ahli perniagaan. Bagi beliau kemahuan, tekad dan
komitmen yang jitu telah membawanya ke gerbang kejayaan
Beliau juga mengakui bahawa sokongan keluarga adalah amat penting untuk
mendorongnya terutamanya isterinya yang sentiasa memberikan dorongan kepadanya
dan beliau telah mengatakan bahawa kejayaannya adalah hasil sokongan kuat
keluarga. Di samping itu, beliau sentiasa memegang kepada prinsip kejujuran,
menitikberatkan mutu barangan yang dihasilkan, keutamaan dan pandangan
pelanggan terhadap barangan keluaran syarikatnya tidak pernah diambil ringan.
Sebarang rungutan dan ketidakpuasan hati oleh pelanggan, beliau pasti akan
memperbaiki mutu produknya dengan berjumpa dengan pelanggan tertentu dengan
kadar segera untuk mengetahui masalahnya. Ini dapat jelas menggambarkan corak
pengurusan beliau yang sangat cekap dan efisyen dalam menangani sebarang
masalah yang timbul. Hasil kegigihan beliau, beliau telah dianugerahkan
beberapa kali Anugerah Usahawan Terbaik .
KEKUATAN,
KELEMAHAN, PELUANG DAN CABARAN YANG ADA DARI SEGI PRODUK
Kekuatan:
1. Jenama yang dikenali ramai
2. Konsep penghasilan produk yang
kukuh
3. Menggunakan orang tengah untuk
memasarkan produk
Kelemahan:
1. Kekurangan saluran keluar produk
2. Persekitaran produk yang tidak
sihat
Peluang:
1. Produk baru
2. Target pasaran yang besar
3. Skop pengagihan produk yang luas
Cabaran:
1. Persaingan yang
kuat
2. Kesedaran
masyarakat mengenai penjagaan kesihatan
4. Pengawalan
undang-undang tempatan
ANTARA DUGAAN YANG DIHADAPI
1) Cabaran bagi
pengusaha Ramly Burger iaitu Dato' Ramly Mokni
Ramly Mokni
merupakan seorang tokoh usahawan Melayu yang telah mengecapi dan mencapai
kejayaan dalam bidang keusahawanan dengan begitu cemerlang .Beliau menghadapi
pelbagai cabaran dan halangan untuk membuka kilang untuk mengeluarkan daging
burger dari 300 keping sehari kepada 30 tan daging sehari selepas 20 tahun
dengan jualan tahunan kini mencatat RM42 juta.
Ramly
mengembangkan perniagaannya dengan menghasilkan produk-produk lain termasuk
nuggets, fritters termasuklah jejari dan bebola daging dan ayam. Jenama Ramly
Burger bukan sahaja terkenal di Malaysia malah di Singapore juga.
Beliau
seorang yang bijak merebut peluang dan berdaya kreatif dan inovatif serta
berpandangan jauh. Selain itu, beliau tidak pernah putus asa walaupun usahanya
pernah diperlekehkan oleh masyarakat dan juga pihak bank yang telah menolak
permohonan pinjamannya.
Beliau
mengatakan sokongan keluarga adalah amat penting untuk mendorongnya terutamanya
isterinya yang sentiasa memberikan dorongan kepadanya.Sebarang rungutan dan
ketidakpuasan hati oleh pelanggan, beliau pasti akan memperbaiki mutu produknya
dengan berjumpa dengan pelanggan tertentu dengan kadar segera untuk mengetahui
masalahnya.
2) Isu DNA babi
dalam Ramly Burger
Isu DNA Babi dalam Ramli Burger telah heboh diperkatakan pada
suatu ketika dahulu. Ia berikutan sebuah blog memaparkan salinan surat
dari Jabatan Kesihatan Negeri Kedah yang mendakwa jabatan
berkenaan bagi Daerah Yan telah menemui DNA babi hasil kajian satu sample
produk Ramly Burger di sana.
Perkara ini telah dinafikan sekeras
kerasnya oleh Dato’ Ramly bin Mokni, Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Ramli
yang mengeluar dan memasarkan produk tersebut. Dalam surat terbuka bertarikh
1 Disember 2011, beliau mendakwa bahawa ini adalah satu fitnah untuk mensabotaj
syarikat mereka yang 100% dimiliki oleh keluarga beliau yang beragama
Islam dengan 1,000 kakitangan yang kesemuanya juga beragama Islam. Beliau
menambah bahawa sebagai kumpulan beragama Islam, mereka sungguh menitik
beratkan soal halal haram dan mempunyai jabatan dan jawatankuasa halal untuk
memastikan status halal produk yang dikeluarkan.
Beliau mendakwa memang ada kertas bungkusan yang bukan
milikan Ramly telah ditemui digunakan dan aduan polis telah dibuat tentang
perkara ini.
Satu pemeriksaan premis telah dilaksanakan oleh Pejabatan
Kesihatan Daerah Kulim, Kedah yang mengesahkan tiada DNA Babi ditemui.
Beliau menasihati orang ramai menghubungi pihak JAKIM untuk
penjelasan lanjut (Jika ada).
Dalam perkara ini, kami mengakui pentingnya pemantauan
status halal dibuat oleh pihak kerajaan, tetapi janganlah ia dibuat dengan cara
tergesa gesa dan di laporkan pula oleh sebuah pejabat
peringkat daerah dan sebuah agensi yang tidak berkenaan. Sebarang pengumuman
sepatutnya dibuat oleh pihak yang berwibawa seperti JAKIM pusat atau negeri
dengan prosedur yang ketat bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, fitnah
atau sabotaj.
Kita harus maklum sejak baru baru ini banyak perusahaan
Melayu/Islam telah disasarkan oleh pihak yang tidak dikenali melalui
internet. Ini termasuklah kes roti Gardenia, KFC, Kek Lapis Sarawak dan kini
pula Ramly Burger, yang kesemuanya dimiliki atau di kuasai oleh usahawan
Melayu/Islam. Kita tidak tahu siapa yang memulakan fitnah ini dan apa tujuan
mereka. Namun kita sebagai masyarakat Islam, walaupun perihatin dengan soal
halal haram, perlulah berhati hati supaya tidak mudah digunakan oleh
pihak lain untuk memfitnah dan menjatuhkan perusahaan Islam.
3) Dituduh bertukar tangan dengan
syarikat bumiputera
KUALA LUMPUR 9 Mei - Ramly Food Processing Sdn. Bhd. yang
terkenal dengan jenama Ramly Burger menafikan bahawa kepentingan syarikat itu
telah dijual kepada syarikat bukan bumiputera.
Pengurus Kanan Pemasaran Ramly Mokni Sdn. Bhd., Siti Hayu Ramly
berkata, tidak pernah pada bila-bila masa pegangan syarikat itu dijual dan
perniagaan yang berusia 30 tahun itu kekal di tangan pengasasnya, Datuk Ramly
Mokni.
Siti Hayu yang merupakan generasi kedua pengasas perniagaan itu
terpaksa tampil untuk menjelaskan perkara berkenaan memandangkan pelbagai
spekulasi tersebar sejak kebelakangan ini.
''Banyak kenyataan di Internet menyebarkan kononnya Kumpulan
Ramly telah dijual dan ia adalah satu dakwaan yang tidak benar dan kami
menafikan sekeras-kerasnya.
''Satu lagi perkara yang ingin saya tekankan bahawa semua produk
kami adalah halal dan mematuhi setiap aspek dan prosedur Syariah,'' katanya
kepada Utusan Malaysia di sini.
Siti Hayu berkata, pihak syarikat tidak tahu menahu punca dan
faktor yang menyebabkan dakwaan tersebut tersebar di Internet.
Cuma, tambahnya, jika ada pengguna yang masih was-was dengan
kenyataannya, mereka boleh mendapatkan pengesahan di Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM).
Beliau bagaimanapun berkata, khabar angin itu sedikit pun tidak
menjejaskan perniagaan Kumpulan Ramly, sebaliknya permintaan bagi
produk-produknya terus meningkat.
Malah, katanya, pada tahun lalu jumlah permintaan adalah 30
peratus lebih tinggi berbanding pengeluaran.
Pada tahun ini, kata Siti Hayu, Kumpulan Ramly telah
meningkatkan kapasiti untuk memastikan bekalan seiring dengan permintaan yang
semakin menggalakkan. Kumpulan Ramly kini memasarkan 40 produk dan burger
Ramly masih kekal sebagai produk terlaris dengan sumbangan sebanyak 50 peratus
kepada perniagaannya.
Ditanya mengenai penerokaan pasaran luar negara, Siti Hayu tidak
menafikan produknya telah lama mendapat permintaan tetapi ia tidak dapat
dilakukan disebabkan kapasiti pengeluaran yang terhad.
''Kini kami sudah sedia, cuma belum bergerak ke arah itu,
Kumpulan Ramly perlu membuat kajian terperinci untuk memastikan kami berupaya
bersaing di luar,'' tambahnya.
Beliau tidak menolak kemungkinan akan memasarkan produknya di
pasaran serantau dan Thailand dijangka menjadi destinasi pertama Kumpulan
Ramly.Dalam pada itu, Siti Hayu berkata, Kumpulan Ramly kini memperkenalkan pek
baru bagi produk burger ayam dan dagingnya.
Katanya, pembungkusan dalam bentuk bantal itu mengandungi enam
keping burger ayam dan daging diperkenalkan untuk mengekalkan kesegaran dan
kualitinya.
4) Hanya dianggap sebagai sampah di Singapura
Burger
Ramly sangat popular di Malaysia, Burger Ramly merupakan Ikon makanan yang kita
tahu mudah didapati di pasar malam atau di kiosk - kiosk kaki lima diwaktu
malam tetapi di Singapura hanya di kenali sebagai pembungkus makanan. Ini
kerana kerajaan Singapura telah mengharamkan daging dan ayam Ramly Burger
disana buat jangka waktu yang lama .
Sebaliknya apa yang ada adalah daging dengan
jenama seperti Tasty, Sultan Burger and Armiya,kesemuanya dibuat di Singapura.
Pengasas Burger Ramly mencipta resepi burger keluarannya pada tahun
1979.Lima tahun selepas pelancaran, Ramly burger boleh didapati dimana - mana
seluruh Malaysia termasuk Singapura, Thailand ke Filipina dan
Indonesia.Tetapi hanya kertas pembungkus , mayonis, dan makanan sejuk beku
seperti bebola sotong yang dipasarkan di Singapura.
thank youu <3
ReplyDelete