Wednesday, 26 March 2014

"THE IRON LADY"




Datuk Dr. Maznah adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce. Beliau telah membawa Securiforce yang tidak dikenali langsung 30 tahun dahulu menjadi sebuah syarikat kawalan keselamatan yang terbesar di Malaysia dan berjaya menyaingi lebih 400 buah syarikat lain seumpamanya.
Beliau kini mengepalai lebih 65 buah cawangan, mengetuai lebih 6,000 kakitangan, dan dikelilingi dengan ratusan senjata api dan puluhan van kalis peluru. Apa yang lebih membanggakan, van kalis peluru tersebut telah direkacipta dan dihasilkan oleh Securiforce sendiri. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa perkhidmatan Securiforce bukan terhad kepada ‘static guard’ sahaja malah turut merangkumi logistik, cash-in-transit, pengurusan tunai, high - tech cargo management, perkhidmatan ‘armoured trucking’, dan pelbagai perkhidmatan yang lain. Securiforce memberikan pakej keselamatan yang lengkap dan total, mempelopori konsep ‘total security’. 
Hasil daripada kegigihan beliau dan ‘team’nya menerajui syarikat, kini Securiforce mempunyai beberapa buah anak syarikat yang sedang berkembang maju. Antaranya ialah Danau Lumayan, pemaju hartanah di Bandar Tun Razak. membina pangsapuri /kondominium mewah, ‘penthouse’ yang eksklusif dan lot – lot kompleks perniagaan. 
Bagi menepati keperluan semasa, Securiforce juga bergiat aktif dan telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa dengan menubuhkan Securiforce Logistik (agen penghantaran darat, laut dan udara), beliau telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa meliputi rantau Asia, Eropah dan Timur Tengah.  Securiforce Logistik memiliki cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman. Apa yang menarik mengenai 'success story' Datuk Dr. Maznah ialah kesemua anak syarikatnya ditubuhkan dan berkembang maju tanpa sebarang bantuan kewangan daripada bank. Kejayaan ini, amat dikagumi oleh pelbagai pihak dan segala lapisan masyarakat. Prinsip kejayaan beliau ialah 'modal perniagaan yang sebenarnya adalah dirinya sendiri'.
Beliau merupakan seorang yang dinamik, berfikiran positif, bersemangat waja, cekal dan berani menanggung risiko. Beliau memegang teguh prinsip 'kita mesti sanggup bekerja lebih daripada gaji yang dibayar, maka akhirnya kita akan mendapat lebih dari apa yang kita kerjakan'. Prinsip ini telah membawa kejayaan besar di dalam bidang kerja dan perniagaannya membolehkan beliau berada di tahap sekarang. 
Beliau merupakan seorang ‘pendidik’ , GURU Keusahawanan serta aktivis kemasyarakatan yang dikenali oleh seluruh peringkat masyarakat didalam dan di luar negara. Berdasarkan kepada ciri-ciri kepimpinan dan keusahawanan yang begitu ketara pada diri beliau, beliau telah diundang untuk memperkenalkan rancangan motivasi di TV3 pada tahun 1990. Disitulah beliau menjadi kaunselor motivasi dan 'success counsellor' dimana kita sering mendengar suaranya di radio dan melihat wajahnya di kaca TV. Kemunculan beliau yang meluas di TV1, TV2, TV3, Astro serta pelbagai bentuk media yang lain menambahkan populariti beliau sebagai seorang tokoh masyarakat yang disegani. Selain daripada itu, beliau juga merupakan pakar motivasi, pembangunan insan dan keusahawan serta 'success counselor' di institusi - institusi  pengajian tinggi.
Oleh kerana minatnya yang begitu besar terhadap pembangunan insan, beliau telah menubuhkan MMC, Maznah Motivational Centre yang mengelolakan seminar-seminar keusahawanan dan pembangunan insan. Ketahanan, ’guts feeling’, kekebalan, ’persistency’ dan ‘sustaining power’ yang beliau miliki merupakan aset utama diri beliau dan itulah yang cuba diterapkan kepada orang ramai melalui seminar ”ZERO TO HERO” dan ’AWAKEN THE SPIRIT OF ETREPRENEURSHIP/INTRAPRENEURSHIP’. Melalui seminar ini, beliau ingin membangkitkan dan menyerapkan semangat keusahawanan ke dalam diri setiap insan.
Beliau telah berjaya menerbitkan buku bertajuk 'MOTIVASI MEMBURU KEJAYAAN' (versi Melayu dan Mandarin), Buku Mini Siri Rahsia 3K – Kejayaan, Kebahagiaan dan Kekayaan serta menerbitkan Album Motivasi Musikal 3K yang mendapat sambutan hangat berdasarkan kepada pengalaman serta prinsip-prinsip yang menjadi amalan kepada dirinya di dalam usahanya memburu kejayaan. 
Beliau juga memiliki Phd, Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Keusahawanan, Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari Central State University of New York dan juga Presiden, Malaysian Association of Professional Speakers (MAPS). MAPS kini merupakan Ahli International Federation for Professional Speakers (IFFPS). 
http://www.sinarharian.com.my/personaliti/iron-lady-inspirasi-wanita-1.211501
Beliau juga merupakan seorang wanita yang sangat aktif di dalam persatuan dan memegang berbagai jawatan. Antaranya beliau telah dilantik menjadi
  • Vice President  of the Women World Entrepreneur Association (FCEM)
  • Ahli Lembaga Pengarah Golden Hope Plantations Berhad
  • Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultanah Bahiyah, Kedah
  • Felo Adjung Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia - (UUM)
  • Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah Uniutama Property Sdn Bhd. (UPSB) - UUM
  • Ahli Lembaga Pengarah, Uniutama Managament Holdings Sdn Bhd (UMHSB) – UUM
  • Ahli Majlis Pembangunan Usahawan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)
  • Ahli Majlis Penasihat Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)
  • Ahli Majlis Pelan Tindakan Pembangunan Ummah, Jabatan Perdana Menteri
  • Ahli Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
  • Pengerusi, Biro Keusahawanan, Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
  • Ketua Wanita, Pergerakan Wanita UMNO Negeri Kedah
  • Ketua Wanita, Barisan Nasional, Negeri Kedah
  • Pengerusi, Ekonomi & Keusahawanan Wanita UMNO Negeri Kedah
  • Ketua Wanita, Pergerakan Wanita UMNO Negeri Kedah, Bahagian Jerlun
  • Pengerusi, Majlis Pembangunan Wanita & Keluarga (MPWK) Parlimen Jerlun, Kedah
  • Presiden Kehormat USAHAWATI
  • Presiden , Malaysian Association of Profession Speakers (MAPS)
  • Advisor, Excellerated Business School Inc, USA
  • Advisor, Success Resources Training School, Pte Ltd 

Di atas kecemerlangan dan ketokohannya, beliau telah dikurniakan anugerah-anugerah berikut :

  • Anugerah Graduan Cemerlang Daya Kepimpinan Diri - PDL.
  • Anugerah Tokoh Usahawan – DPMM (WP) – 1990
  • Anugerah Wanita Cemerlang Tan Sri Fatimah Hashim -Avon
  • Anugerah Wanita Kehormat - Universiti Putra Malaysia
  • Anugerah Khas Hari Kualiti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)
  • Anugerah Kecemerlangan Wanita 2005 – Majalah Her World
  • Anugerah Wanita Kedah Cemerlang 2006 – Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
  • Tokoh Usahawan 2006 – DPMM – Kedah
  • Anugerah BrandLaureate –SMEs, Brand Personaliti 2007 – (The Asia Pacific Brand Foundations - APBF)
  • Anugerah Ibu Usahawan 2008 –  AVON
  • Anugerah Ijazah Kehormat Keusahawanan 2008 – Help University
  • Anugerah ‘Tribute to Women 2008’ – (Usahawan)
  • Anugerah Usahawan Luarbiasa – National Women Entrepreneurs Award 2008 - (NWEA - SMIDEC)
  • Anugerah Phd, Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Keusahawanan, Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari Central State University of New York
  • Anugerah Perdana Menteri Usahawan Wanita 2011 (Finalis)
  • Anugerah Platinum Entrepreneur Award 2011 – SME Recognition Award 2011
  • Anugerah Tokoh Ibu Harmoni 2012 – Utusan Karya

Beliau adalah ibu kepada 5 orang anak dan 4 cucunda. Keluarga merupakan pemangkin utama kejayaan dan sumber inspirasi beliau. Malahan anak-anak juga telah dilatih serta diterapkan semangat keusahawanan semenjak awal lagi. Demikianlah diantara simbol kejayaan beliau sehingga beliau dianggap sebagai model usahawan yang berjaya dan dikagumi masa kini. Maka tidak asinglah jika beliau diberi gelaran “THE IRON LADY”.https://www.facebook.com/notes/prof-dr-rozieta-shaary/pesanan-kejayaan-seorang-yang-berjiwa-besar-dan-berhati-mulia-sahabatku-datuk-dr/450208668359104

Tuesday, 25 March 2014

"Sendayu Tinggi Corporation"

PROFAIL USAHAWAN

Puan Rozita adalah anak kelahiran Sungai Besar , Selangor. Beliau telah dibesarkan di Felda Palong 7. Gemas, Negeri Sembilan. Beliau adalah wanita yang  berasal dari  keluaraga yang sederhana. Bapa beliau dulunya adalah merupakan seorang  ustaz dan guru agama di kawasan felda walaupun kini telah lumpuh. Manakala ibunya adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Kesusahan hidup amat dirasai oleh beliau yang merupakan anak sulung daripada enam beradik. Berbekalkan semangat dan keazaman yang tinggi, menjadilan beliau seorang yang matang dan tabah dalam mengenal erti sebuah kehidupan.Sebelum bergelar usahawan, Rozita ibrahim terpaksa menempuh onak dan duri dan beliau pernah melalui pengalaman pahit menjadi ibu tunggal. Beliau telah menanamatkan zaman gadis dalam usia yang terlalu muda dengan lelaki pilihan keluarga. Dalam usia itu, Rozita tidak berpeluang  memikirkan tentang  kerjaya. Hidupnya banyak di habiskan dengan keluarga di samping membantu suami dengan menoreh, membekalkan  makanan dan dan membuat  kontrak perladangan pada pendatang asing serta menjalankan perniagaan kedai runcit di felda kechau 1, sempadan Gua musang. Tragedi buruk berlaku ketika menyara anak yang berumur 3 bulan bila mana terpaksa  menggantikan susu dengan air sirap kepada bayinya. Anak keduanya  pernah  sakit dan lumpuh serta terpaksa  menggunakan tumbuhan hutan untuk mengubatinya. “sayangnya arwah  anak beliau  tidak berpeluang  merasai kesenangan. Dia pergi kerana tidak mendapat rawatan terbaik.Lantaran dari perkara itu, Puan rozita mengambil inisiatif lain untuk berkerjadi sector  perladangan bagi menampung kehidupan sekeluarga. Pengalaman bekerja di sektor perladangan ini telah menemukan beliau dengan pelbagai golongan warga asing yang mahir dalam perubatan yang berasal dari Lambok,Acheh, Madura, Batak dan Pattani di sekitar tahun 1987. Ini membantu beliau meluaskan lagi pengetahuan dan minatnya dalam bidang  perubatan herba.Beliau  menyedari bahawa  pekerja- pekerja asing  ini  kuat bekerja walaupun mereka hanya mengalas perut. dengan sedikit makanan sahaja, radsianya ialah herba- herba dari hutan yang menjadikan  mereka sihat walaupun tidak mendapat  makanan yang sihat.
 http://www.usahawan.com/umum/perniagaan-ini-melahirkan-paling-ramai-jutawan-di-malaysia.htmlhttp://www.usahawan.com/umum/perniagaan-ini-melahirkan-paling-ramai-jutawan-di-malaysia.html
Seterusnya. Beliau menceburi bidang perniagaan secara kecil – kecilan seperti menjual rokok ketek, akbar, majalah dan nasi lemak dengan menggunakan motosikal beliau sanggup mengenepikan pandangan orang di sekeliling yang sering  memandang serong terhadap wanita yang sanggup melakukan kerja orang lelaki. Dalam fikiran beliau, apa yang paling utama ialah diri dan anak –anaknya. Puan rozita kuat berpegang pada prinsipnya,
“sesiapa yang malasberusaha dan membuang masa adalah orang yang bodoh lagi merugikan.”

Bagi beliau, mencari rezeki yang halal adalah sesuatu yang perlu dibanggkan dan tidak ada apa yang perlu dimalukan. Pelbagai juga pekerjaan yang telah dilakuan dan berkat kesabaran, beliau akhirnya berjaya mengumpulkan modal sebanyak RM 2000.00.Dengan berbekalkan wang simpanan, Puan Rozita berhijrah ke Kuala Lumpur secara bersendirian. Beliau terpaksa meninggalkan anaknya dikampung di bawah jagaan suaminya. Dengan seribu impian dan semangat yang membara, beliau mengharapakan penghijrahan kali ini akan dapat mencorakkan kehidupan yag lebih sempurna kepada keluarganya. Pelbagai jenis pekerjaan yang telah dicuba untuk menampung empat orang anaknya. Beliau pernah bekerja sebagai operator pengeluaran, penyambut tetamu, dan pernah bekerjasebagai pekerja hotel dengan gaji serendah RM350.00 sebulan. Dugaan demi dugaan, beliau hadapi sama ada dari segi kewangan mahupun masalah keluarga yang tidak dapat dielakkan.Beliau mula mengorak langkah baru dengan bekerja di Publishing Group dan seterusnya menimba pelbagai pengalaman samada dari golongan bawahan mahupun atasan. Seterusnya, Puan Rozita menimba pengalaman dalam bidang perniagaan apabila bekerja di bahagian hartanah yang mendedahkan beliau untuk berurusan dalam perniagaan dan telah belajar untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris sebagai persediaan memulakan perniagaan. Pada masa inilah beliau mula membuat ubatan secara kecil – kecilan dirumah bagi menambah sumber pendapatan serta mengumpul modal.Pada tahun 1997, dengan bermodalkan RM400 daripada hasil gadaian barang – barang kemas, Puan Rozita memulakan perniagaan dalam menghasilkan formulasi baru dan ingin melihat potensi harba tradisional dan penerimaannya pada masyarakat di Malaysia. Beliau samggup menjalankan ujikaji dengan mengemukkan badannya sendiri sebanyak tiga kali dan akhirnyaberjaya menurunkan semula. Akhirnya beliau telah berjaya menjalankan perniagaanya sendiri berkat keasabaran dan azam yang tinggi. Apa yang pasti,wanita tabah ini sentiasa belajar untuk membina diri sebagai wanita yang kental.Baginya, keperitan dan penderitaan hidup adalah “buah tangan “ termahal dijadikan landasan untuk terus melangkah.Dari semangat yang kental pelbagai cabaran yang pernah dilalui,kegagalan yang pernah dialami beliau bangkit dengan azam yang kukuh. Bermula dari sinilah beliau telah membuka syarikat pada tahun 1999 dan nama
“SENDAYU TINGGI”telah di wujudkan. Walaupun mengusahakan secara kecil –kecilan beliau telah mendapat sebanyak RM10,000 – RM30,000 sebulan dan telah mula dikenali serta diterima oleh pengguna sejak tahun 2000.Nama Sendayu Tinggi adalah berasal dari perkataan Saneh Dayo(nama sejenis pokok mengikut suku kaum ulu Pahang) yang bermakna Seni Dayung Tinggi di bawah cita – cita agung beliau. Maka lahirlah nama Sendayu Tinggi yang diimpikan selama ini seiringan dengan menyahut kata-kata Perdana Menteri Malaysia disamping menaikkan taraf hidup dan taraf pemikiran orang melayu baru.Kini puan Rozita boleh berbangga dengan pencapaian beliau dalam bidang perniagan yang berkaitan dengan perubatan tradisional yang berasaskan herba.
Nama “Sendayu Tinggi” kini begitu dikenali dan dipercayai kebekersananya oleh para pengguna.Setelah 5 tahun mengharungi pahit getir dalam dunia perniagaan, PuanRozita yang mengkagumi tokoh Lim Goh Tong dan Boon Siew Honda akhirnya memahat nama sebagai seorang saudagar produk kecantikan atas nama yangmakin dikenali, Sendayu Tinggi. Apa yang membanggakan, Sendayu Tinggi kinimempunyai 9 anak syarikat dibawahnya iaitu :
a)      SENDAYU TINGGI HOLDING SDN BHD
b)      SENDAYU TINGGI CORPORATION (M) SDN BHD
c)      SENDAYU TINGGI BODY & SKINCARE (M) SDN BHD
d)     SENDAYU TINGGI MANUFACTURING (M) SDN BHD
e)      ST COSMETICS & FRAGRANCES (M) SDN BHD
f)       SENDAYU TINGGI LOGISTICS (M) SDN BHD
g)      ST ADVERTISING AGENCY SDN BHD
h)      ETHNIQUE FOOD INDUSTRIES SDN BHD
i)        C MAX EXHIBITION & PROMOTION, SENDAYU TINGGIPROPERTIES & MANAGEMENT SDN BHD


 Sendayu Tinggi kini mampu memiliki bangunan sendiri tiga tingkat diBandar Bukit Tinggi klang , dan Ibu Pejabat Sendayu Tinggi cawangan kualaLumpur. Selain itu, mempunyai bangunan 4 tingkat dan satu tingkat yang terletakdi Bandar Baru klang., Selangor yang dijadikan sebagai stor produk sendayutinggi. Sendayu Tinggi juga telah mempunyai kilang pemprosesan herba bagiproduk tradisional iaitu “SENDAYU TUNGGI MANUFACTURING (M) SDN BHD.”

Kilang ini telah memperolehi lesen Amalan Perkilangan Baik (GMP) dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia serta pelbagai asset seperti tanah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Jumlah pengedar beliau ialah lebihdari 2000 orang di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura dan yang terbaru diJepun, China, Taiwan dan Korea dengan usahasama MATRADE. Bukan setakat perniagaan menjual herba namun wanita ini lebih suka mendekatkan diri dengan masyarakat terutamanya golongan susah, ibu tunggal, orang tua dan anak yatim.Matlamat perniagaannya ialah,“Dunia Perniagaan seperti dalam pertempuran. Kemenangan adalah matlamat. Azam sentiasa di genggam. Dalam konteks perniagaan, pasti ada keuntungan. Pun begitu, beliau ingin memberikan kualiti yang terbaik kepada pelanggan. Apa yang beliau perolehi, beliau salurkan kepada masyarakat terutama golongan susah, ibu tunggal, orang tua dan anak yatim. Baginya, itulah nilai sebuah kasih sayang yang tidak dapat dijual beli dengan wang ringgit. Beliau sayangkan masyarakat dan beliau juga ingin disayangi oleh masyarakat. Harapan utama ialah beliau mahu mewarnai masyarakat , wanita, ibu tunggal khususnya dari pelbagai aspek.Menitikberatkan kasih sayang itulah kepuasan dalam diri saya.Dengan kasih sayang beliau berharap agar dapat menyuntik semangat keberanian dan jati diri yang kukuh dalam diri dan masyarakat. Beliau perlukan kasih sayang begitu juga manusia lain.Sungguhpun begitu, beliau mahu pengedarnya kasih dan sayang kepadanya dan Sendayu Tinggi separti mana saya kasih dan beliau kepada pengedar dan pengguna seterusnya kepada muslimin dan muslimah seagama dan bangsa.
Matlamat dalam perniagaan pastinya sasarannya keuntungan. Sungguhpun begitu, jihad dan perjuangan besar beliau ialah memperbaiki diri, membantu keluarga, membantu golongan wanita yang ingin berniaga., membantu golongan fakir miskin dan membangunkan anak bangsa.beliau percaya, zaman dahulu siapa kuat dia raja tetapi kini siapa bijak dialah raja. Walaupun kini ramai yang cerdik dan pandai namun masih ada juga yang tidak berjaya dalam kerjaya.Nilai-nilai murni inilah membuatkan saya kagum terhadap usahawan ini kerana selain dapat memberi motivasi kepada saya dalam masa yang sama nilai yang ada padanya dapat membakar semangat saya untuk menjadi usahawan yang berjaya malah membantu sesama manusia adalah sikap yang paling mulia.





 SENDAYU TINGGI HOLDING SDN BHD

- OBJEKTIF SYARIKAT -
Membantu masysrakat dalam memperbaiki serta menyelesaikan masalah kesihatan terutama berkaitan kesihatan dalaman yang perlu dititik beratkan bagi menjamin kehidupan yang lebih sempurna.Selain itu untuk membantu Bumiputera dalam dunia perniagaan dan memberikan semangat untuk berdaya saing dalam dunia perniagaan.

- PRINSIP SYARIKAT -
Memartabatkan “Sendayu Tinggi”sebagai sebuah syarikat yang terbaik denganmengeluarkan produk kesihatan yang berkesan disokong dengan rancanganpemasaran dan kebajikan yang terbaik. Hanya produk yang bermutu dapa tmenjamin jualan jangka masa panjang dan perancangan yang sempurna menjadi nadi korporat dalam menjamin kejayaan jangka panjang.

- VISI SYARIKAT -
Menjadi sebuah syarikat yang terbaik dalam menyediakan perkhidmatan yang professional dalam menyediakan herba tradisional dan menepati citarasapelanggan berlandaskan garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaanMalaysia.

- MISI SYARIKAT -
Di dalam meneruskan perjuangan di dalam pengeluaran tradisional, syarikat Sendayu Tinggi berhasrat untuk meluaskan lagi rangkaian perniagaan dalammenikgkatkan lagi keupayaan pengeluaran dan rancangan pemasaran yanglebih dinamik di samping mengekalkan ciri – ciri berikut :
*      Mengawal selia kualiti setiap produk.
*      Memberi kepuasan dan menyumbang khidmat kepadapelanggan mengikut keperluan.
*      Meningkatkan keberkesanan dan manafaat bersama.
*      Sentiasa berusaha untuk mengeluarkan produk terkini yanglebih berkesan dan perkhidmatan yang cemerlang bagi memenuhi citarasa pelanggan tempatan dan juga luar Negara yang lebih meluas.
*      Memantapkan serta memartabatkan industri herba tradisional ke tahap yang lebih menbanggakan dan memperkenalkanproduk herba ini kepada masyarakat umum sama ada daridalam mahupun luar  negara.
*      Mewujudkan suasana kerja yang lebih efektif dan melahirkan pekerja yang terlatih serta bermotivasi tinggi dalam memenuhi kehendak syarikat.



KOMPETENSI – KOMPETENSI KEUSAHAWANAN.

1.BERINISIATIF
Pengalaman bekerja di sektor perladangan ini telah menemukan beliau dengan golongan warga asing yang mahir dalam perubatan harba yangberasal dari Lambok, Burma, Acheh, Madura, Batak dan pattani di sekitar tahun 1987. Ini membantu beliau meluaskan lagi pengetahuan danminatnya dalam perubatan herba.

2.MELIHAT & MEREBUT PELUANG
Beliau Menyedari bahawa pekerja – pekerja asing ini kuat bekerja walaupun meraka hanya mengalas perut dengan sedikit makanan sahaja.Rahsianya, ialah herba – herba dari hutan yang menjadikan mereka sihatwalaupun tidak mendapat makanan yang berkhasiat.

3.KECEKALAN
Puan rozita sebelumnya menceburi bidang perniagaan secara kecil –kecilan seperti menjual rokok kretek, akhbar, majalah dan nasi lemakdengan menggunakan motosikal. Beliau sanggup mengenepikanpandangan orang lain di sekeliling yang sering memendang serongterhadap wanita yang sanggup melakukan kerja orang lelaki. Di dalamfikiran beliau, apa yang paling utama ialah anak – anak nya. Puan Rozitakuat berpegang pada prinsipnya, “ sesiapa yang malas berusaha danmembuang masa adalah orang yang bodoh lagi merugikan.

4.KEYAKINAN DIRI YANG TINGGI.
Pada tahun 1997, dengan bermodalkan RM400 daripada hasil gadaian barang –barang kemas, puan Rozita memulakan perniagaan dalam menghasilkan formulasi baru dan ingin melihat potensi harba tradisional dan penerimaannya pada masyarakat di Malaysia. Beliau sanggup menjalankan ujikaji dengan mengemukkan badannya sendiri sebanyak tiga kali dan akhirnya berjaya menurunkan semula. Akhirnya beliau telah berjaya menjalankan perniagaanyasendiri berkat keasabaran dan azam yang tinggi. Apa yang pasti, wanita tabah inisentiasa belajar untuk membina diri sebagai wanita yang kental.

5. BERTENAGA
Dari semangat yang kental pelbagai cabaran yang pernah dilalui, kegagalanyang pernah dialami beliau bankit dengan azam yang kukuh. Bermula dari sinilahbeliau telah membuka syarikat pada tahun 1999 dan nama“SENDAYU TINGGI”telah di wujudkan. Walaupun diusahakan secara kecil – kecilan beliau telahmendapat sebanyak RM10,000 – RM30,000 sebulan dan telah mula dikenaliserta diterima oleh pengguna sejak tahun 2000.

 6. BERMATLAMAT DAN BERWAWASAN
Kini puan Rozita boleh berbangga dengan pencapaian beliau dalam bidangperniagan yang berkaitan dengan perubatan tradisional yang berasaskan harba.Nama“Sendayu Tinggi”kini begitu dikenali dan dipercayai kebekersananya olehpara pengguna. Setelah 5 tahun mengharungi pahit getir dalam dunia perniagaan, Puan Rozita yang mengkagumi tokoh Lim Goh Tong dan Boon SiewHonda akhirnya memahat nama sebagai seorang saudagar produk kecantikan atas nama yang makin dikenali, Sendayu Tinggi. Apa yang membanggakan,Sendayu Tinggi kini mempunyai 9 anak syarikat dibawahnya iaitu :

·         SENDAYU TINGGI HOLDING SDN BHD
·         SENDAYU TINGGI CORPORATION (M) SDN BHD
·         SENDAYU TINGGI BODY & SKINCARE (M) SDN BHD
·         SENDAYU TINGGI MANUFACTURING (M) SDN BHD
·         ST COSMETICS & FRAGRANCES (M) SDN BHD
·         SENDAYU TINGGI LOGISTICS (M) SDN BHD
·         ST ADVERTISING AGENCY SDN BHD
·         ETHNIQUE FOOD INDUSTRIES SDN BHD
·         C MAX EXHIBITION & PROMOTION, SENDAYU TINGGIPROPERTIES & MANAGEMENT SDN BHD

FAKTOR KEJAYAAN  DAN FAKTOR PENGHALANG
FAKTOR KEJAYAAN 

1.MAHU MENGUBAH HIDUP DAN NASIB KELUARGA.
Puan Rozita bercita- cita tinggi mahu mengubah nasib keluarga termasuk beliau yang yang selama ini hidup susah. Keperitan hidup membuatkan beliau bertekad menceburi bidang perniagaan setelah pengalaman bekerja di kebanyakan syarikat yang beliau bekerja di syarikat tersebut tidak membuahkan hasil.

2.MENYAHUT DASAR KERAJAAN
Selaras dengan dasar kerajaan menggalakkan kaum bumiputra menceburi bidang perniagaan, Puan Rozita menyahut saranan tersebut.Berbekalkan semangat yang tinggi, walaupun hanya bermodalkan wangRM400, beliau telah berjaya menjadi seorang usahawan yang berjayaseperti pada masa sekarang ini.


3.TERDAPAT SISTEM SOKONGAN KERAJAAN
Bagi Puan Rozita, terdapat sistem sokongan kerajaan seperti MATRADEiaitu sebuah badan yang membantu bagi mengembangkan perniagaannya ke luar Negara. Ini dapat membantu beliau meluaskan pasaran dan perniagaan produk beliau ke luar Negara untuk diperkenalkan di negara – negara tersebut.

FAKTOR PENGHALANG

1.PELUANG TERBATAS 
Bagi puan Rozita, beliau bertekad untuk menceburkan diri ke bidang keusahawanan kerana faktor kerja di kilang sebelum ini yang tidak menentu kerana tidak dapat membantu keluarga dan anak - anakbeliau. Semasa bekerja di kilang juga, beliau tidak dapat untuk memperbaiki dirinya.

 2.KETIDAKPUASAN 
Puan rozita menceburkan diri dalam bidang usahawan kerana azam beliau untuk memajukan diri disamping membantu keluarga dan anak- anak. Hasil dari jawatan sebagai operator pengeluaran membuatkan beliau tidak dapat membantu keluarga, kerana gaji yang rendah.



Saturday, 15 March 2014




Burger Ramly merupakan produk bumiputera milik Ramly bin Mokni yang telah menjadi salah satu makanan segera yang popular di Malaysia. Burger Ramly lebih mudah didapati gerai makanan ditepi jalan dan restoran. Kemudiannya, Burger Ramly telah menular ke Singapura dan menjadi makanan segera yang popular dikalangan penduduk Singapura.


Ramly Food Processsing adalah industri bumiputera yang terkenal dalam industri pembuatan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasilan laut berjenama ramly, Burger, nuget, frankfurter dan drummet adalah diantara produk yang paling diminati.

Diasaskan pada tahun 1984 oleh Tuan Haji Ramly b. Mokni dan Puan Hajjah Shala Siah Bt. Abdul Manap dari cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu.

Kini syarikat ini telah mempunyai 2 buah kilang pemerosesan di Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak, Cheras dan di Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala Lumpur dengan menawarkan peluang pekerjaan dari pengurusan, pengeluaran hinggalah ke pemasaran produk. Produk berjenama ramly kini begitu unggul di pasaran Malaysia dan bakal ke taraf antarabangsa.




RINGKASAN TENTANG PERMULAAN PERNIAGAAN
                    Ramly Mokni bermula sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di ibu kota pada awal 1970an di mana kebanyakan makanan sejuk beku yang tidak pasti halal haramnya, telah mencetuskan idea beliau untuk menghasilkan daging burger dan sosej yang ditanggung halal untuk dimakan oleh umat Islam di negara ini. Sifat beliau ini jelas menunjukkan beliau adalah seorang yang bijak merebut peluang dan berdaya kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh. Selain itu, beliau tidak pernah putus asa walaupun usahanya pernah diperlekehkan oleh masyarakat dan juga pihak bank yang telah menolak permohonan pinjamannya. Namun, dengan simpanan sendiri dan juga bantuan pinjaman yang diberikan oleh Bank Pembangunan dan Malaysia Berhad telah membolehkannya mengorak langkah untuk memajukan perniagaannya. Sekaligus telah membuktikan peranan agensi kerajaan adalah amat penting.


JENIS WARUNG ATAU GERAI RAMLY BURGER DI MALAYSIA

Lebih dari 120 orang pemborong berdaftar sebagai anak syarikat bagi mengedarkan produk-produk RAMLY. Kesemua pemborong berdaftar ini dibawah pemasaran Ramly Mokni Sendirian Berhad. Syarikat pemasaran ini beribupejabat di Desa Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. Penubuhan syarikat ini bertujuan dalam menawarkan khidmat jualan kepada pelanggan. Bagi memastikan pengedaran dan penghantaran produk dijamin kualiti dan kesegarannya, kenderaan kontena sejukbeku digunakan.

Sebuah anak syarikat Ramly yang berobjektif dalam memastikan produknya mudah didapati dipasaran telah ditubuh di Lorong Raja Bot (Off Jalan Raja Alang) di Kuala Lumpur. Anak syarikat ini dikenali sebagai Ramly Supermarket Sendirian Berhad, dan ia beroperasi 24jam. Pembukaan anak syarikat ini bagi memastikan khidmat borong dan runcit boleh dilaksanakan diantara RAMLY dengan penjaja dan orang awam.


FALSAFAH PERNIAGAAN DAN STRATEGI YANG DIGUNAKAN.
    Beliau sentiasa memegang kepada prinsip kejujuran, menitikberatkan mutu barangan yang dihasilkan, keutamaan dan pandangan pelanggan terhadap barangan keluaran syarikatnya tidak pernah diambil ringan. Sebarang rungutan dan ketidakpuasan hati oleh pelanggan, beliau pasti akan memperbaiki mutu produknya dengan berjumpa dengan pelanggan tertentu dengan kadar segera untuk mengetahui masalahnya. Ini dapat jelas menggambarkan corak pengurusan beliau yang sangat cekap dan efisyen dalam menangani sebarang masalah yang timbul. Hasil kegigihan beliau, beliau telah dianugerahkan beberapa kali Anugerah Usahawan Terbaik .

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pegangprinsip__8216_Halal_BersihdanBermutu__8217_/Article


PENCAPAIAN YANG DICAPAI DARI SEGI BAHAGIAN PASARAN, JUMLAH JUALAN, BILANGAN OUTLETS, PENGIKTIRAFAN, PENGGUNAAN & PENERIMAAN PRODUK, DAN LAIN-LAIN


           Dato' Ramli Bin Mokni, pemilik syarikat ini, berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang ini. Bermula dengan pengeluaran secara manual dan kecil-kecilan, beliau kini telah berjaya mengembangkan perniagaan ini ke tahap komersial. Bermula dengan pinjaman yang kecil dari Bank Pembangunan pada tahun 1982, syarikat kini telah berkembang dan membesar kepada syarikat induk Ramly Mokni Holding Berhad dan anak-anak syarikat iaitu Ramly Food Processing Sdn. Bhd., Pemasaran Ramly Mokni Sdn. Bhd., Ramly Supermart Sdn. Bhd. dan Ramly Mokni Bakeri Sdn. Bhd. Syarikat beliau telah diberikan pengiktirafan sebanyak tiga kali oleh Bank Pembangunan atas kecermelangan prestasi iaitu Anugerah Projek Terbaik (1982), Anugerah Pelanggan Pembangunan (1984) dan Anugerah Usahawan Jaya (1992). Bukan itu sahaja malah pada tanggal 11 Disember 2009 beliau telah menerima pingat kebesaran berpangkat Dato daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj sempena Hari Keputeraan baginda Sultan.
             Pada 2008, Ramly Food Processing Sdn. Bhd. membuat pelaburan menjangkau RM15 juta bagi pembesaran kilang di Taman Perindustrian IKS, Batu Caves, Kuala Lumpur. Pembesaran kilang ini dan penggunaan teknologi yang lebih baik juga dapat meningkatkan hasil pengeluaran sehingga 3 kali ganda. Di samping mempertingkatkan pengeluaran dan dalam waktu yang sama kualiti produk menjadi keutamaannya.

              Penggunaan teknologi mesin dari awal proses hingga akhir dengan tenaga kerja yang berkemahiran dalam pengendalian mesin dijangka mampu memastikan matlamat syarikat ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. SME Bank telah meluluskan pembiayaan syariah kepada Ramly Food Processing Sdn. Bhd. bagi membiayai kos pembelian bahan mentah syarikat ini. Produk-produk syarikat ini telah dikenali ramai dan berkualiti tinggi. Syarikat ini merupakan syarikat Bumiputera terkemuka yang telah mencipta nama dalam industri makanan sejuk beku di negara ini.

Pengedaran
Lebih dari 120 orang pemborong berdaftar sebagai anak syarikat bagi mengedarkan produk-produk RAMLY. Kesemua pemborong berdaftar ini dibawah pemasaran Ramly Mokni Sendirian Berhad. Syarikat pemasaran ini beribupejabat di Desa Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. Penubuhan syarikat ini bertujuan dalam menawarkan khidmat jualan kepada pelanggan. Bagi memastikan pengedaran dan penghantaran produk dijamin kualiti dan kesegarannya, kenderaan kontena sejukbeku digunakan.

Sebuah anak syarikat Ramly yang berobjektif dalam memastikan produknya mudah didapati dipasaran telah ditubuh di Lorong Raja Bot (Off Jalan Raja Alang) di Kuala Lumpur. Anak syarikat ini dikenali sebagai Ramly Supermarket Sendirian Berhad, dan ia beroperasi 24jam. Pembukaan anak syarikat ini bagi memastikan khidmat borong dan runcit boleh dilaksanakan diantara RAMLY dengan penjaja dan orang awam.

Kualiti
Penubuhan Makma Mikrobiologi yang dijalankan oleh Ramly, bagi mengawal kualiti produk. Tujuan penubuhan makmal ini adalah memasitkan produknya adalah suci (dari pemilihan bahan mentah hingga produk siap) dan selamat untuk dimakan. Selain itu, makmal ini berfungi sebagai satu tempat penyelidikan dan pembangunan produk. Makmal Mikrobiologi Ramly lengkap dengan peralatan teknologi tinggi.



Produksi
Satu kajian penyelidikan dan pembangunan produk dijalankan oleh Ramly, bagi tujuan kesegaran, kelazatan dan kualiti produknya. Cara pembungkusan yang menarik juga dikaji dalam memastikan produk kelihatan menarik dan boleh dinikmati. Pengimplementasi kepakaran teknologi oleh Ramly, adalah memastikan pengeluran daging dan hasil laut dapat memenuhi citarasa pengguna dan pengemar Ramly. Kepakaran teknologi yang digunakan juga memastikan produktiviti produk.

Produk
Daging burger
Merupakan produk utama buat syarikat ini. Untuk memasak daging burger Ramly, tidak begitu sukar, cuma yang diperlukan ialah kuali atau plet leper, penekan daging burger, dapur, gas masakan, ban burger dan daging burger. Untuk rencah atau isi-isinya pula ialah timun dan kobis. Untuk bahan perisanya, biasa digunakan ialah sos Worcester (wu-ches-ter) atau juga dikenali sebagai kicap burger dikalangan orang Malaysia. Sebagai sos tambahan pula ialah mayonis, sos tomato, sos cili ataupun sos barbeku.


FAKTOR-FAKTOR UTAMA YANG MENYUMBANG KEPADA KEJAYAAN PERNIAGAAN.
                             Beliau telah membuktikan bahawa sesiapa sahaja boleh berjaya walaupun dirinya tiada ijazah atau dari golongan keluarga ahli perniagaan. Bagi beliau kemahuan, tekad dan komitmen yang jitu telah membawanya ke gerbang kejayaan

                Beliau juga mengakui bahawa sokongan keluarga adalah amat penting untuk mendorongnya terutamanya isterinya yang sentiasa memberikan dorongan kepadanya dan beliau telah mengatakan bahawa kejayaannya adalah hasil sokongan kuat keluarga. Di samping itu, beliau sentiasa memegang kepada prinsip kejujuran, menitikberatkan mutu barangan yang dihasilkan, keutamaan dan pandangan pelanggan terhadap barangan keluaran syarikatnya tidak pernah diambil ringan. Sebarang rungutan dan ketidakpuasan hati oleh pelanggan, beliau pasti akan memperbaiki mutu produknya dengan berjumpa dengan pelanggan tertentu dengan kadar segera untuk mengetahui masalahnya. Ini dapat jelas menggambarkan corak pengurusan beliau yang sangat cekap dan efisyen dalam menangani sebarang masalah yang timbul. Hasil kegigihan beliau, beliau telah dianugerahkan beberapa kali Anugerah Usahawan Terbaik .



KEKUATAN, KELEMAHAN, PELUANG DAN CABARAN YANG ADA DARI SEGI PRODUK
Kekuatan:
1. Jenama yang dikenali ramai
2. Konsep penghasilan produk yang kukuh
3. Menggunakan orang tengah untuk memasarkan produk

Kelemahan:
1. Kekurangan saluran keluar produk
2. Persekitaran produk yang tidak sihat

Peluang:
1. Produk baru
2. Target pasaran yang besar
3. Skop pengagihan produk yang luas

Cabaran:
1. Persaingan yang kuat
2. Kesedaran masyarakat mengenai penjagaan kesihatan

4. Pengawalan undang-undang tempatan

ANTARA DUGAAN YANG DIHADAPI

1) Cabaran bagi pengusaha Ramly Burger iaitu Dato' Ramly Mokni

Ramly Mokni merupakan seorang tokoh usahawan Melayu yang telah mengecapi dan mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan dengan begitu cemerlang .Beliau menghadapi pelbagai cabaran dan halangan untuk membuka kilang untuk mengeluarkan daging burger dari 300 keping sehari kepada 30 tan daging sehari selepas 20 tahun dengan jualan tahunan kini mencatat RM42 juta.

Ramly mengembangkan perniagaannya dengan menghasilkan produk-produk lain termasuk nuggets, fritters termasuklah jejari dan bebola daging dan ayam. Jenama Ramly Burger bukan sahaja terkenal di Malaysia malah di Singapore juga.

Beliau seorang yang bijak merebut peluang dan berdaya kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh. Selain itu, beliau tidak pernah putus asa walaupun usahanya pernah diperlekehkan oleh masyarakat dan juga pihak bank yang telah menolak permohonan pinjamannya.

Beliau mengatakan sokongan keluarga adalah amat penting untuk mendorongnya terutamanya isterinya yang sentiasa memberikan dorongan kepadanya.Sebarang rungutan dan ketidakpuasan hati oleh pelanggan, beliau pasti akan memperbaiki mutu produknya dengan berjumpa dengan pelanggan tertentu dengan kadar segera untuk mengetahui masalahnya.


2) Isu DNA babi dalam Ramly Burger

Isu DNA Babi dalam Ramli Burger telah heboh diperkatakan pada suatu ketika dahulu. Ia berikutan  sebuah blog memaparkan salinan surat dari Jabatan Kesihatan Negeri Kedah yang mendakwa  jabatan berkenaan bagi Daerah Yan telah menemui DNA babi hasil kajian satu sample produk Ramly Burger di sana.

Perkara ini telah dinafikan sekeras kerasnya oleh Dato’ Ramly bin Mokni, Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Ramli yang mengeluar dan memasarkan produk tersebut. Dalam surat terbuka  bertarikh 1 Disember 2011, beliau mendakwa bahawa ini adalah satu fitnah untuk mensabotaj syarikat mereka yang 100% dimiliki oleh keluarga beliau yang beragama  Islam dengan 1,000 kakitangan yang kesemuanya juga beragama Islam. Beliau menambah bahawa sebagai kumpulan beragama Islam, mereka sungguh menitik beratkan soal halal haram dan mempunyai jabatan dan jawatankuasa halal untuk memastikan status halal  produk yang dikeluarkan.

Beliau mendakwa  memang ada kertas bungkusan yang bukan milikan Ramly telah ditemui digunakan dan aduan polis telah dibuat tentang perkara ini.

Satu pemeriksaan premis telah dilaksanakan oleh Pejabatan Kesihatan Daerah Kulim, Kedah yang mengesahkan  tiada DNA Babi ditemui.

Beliau menasihati orang ramai menghubungi pihak JAKIM untuk penjelasan lanjut (Jika ada).

Dalam perkara ini,  kami mengakui pentingnya pemantauan status halal dibuat oleh pihak kerajaan, tetapi janganlah ia dibuat dengan cara tergesa gesa dan di laporkan pula oleh  sebuah  pejabat  peringkat daerah dan sebuah agensi yang tidak berkenaan. Sebarang pengumuman sepatutnya dibuat oleh pihak yang berwibawa seperti JAKIM pusat atau negeri dengan prosedur yang ketat bagi mengelakkan sebarang kekeliruan,  fitnah atau  sabotaj.

Kita harus maklum sejak baru baru ini banyak perusahaan Melayu/Islam telah disasarkan oleh pihak yang tidak dikenali  melalui internet. Ini termasuklah kes roti Gardenia, KFC, Kek Lapis Sarawak dan kini pula Ramly Burger, yang kesemuanya dimiliki  atau di kuasai oleh usahawan Melayu/Islam. Kita tidak tahu siapa yang memulakan fitnah ini dan apa tujuan mereka. Namun kita sebagai masyarakat Islam, walaupun perihatin dengan soal halal haram, perlulah berhati hati supaya tidak  mudah digunakan oleh pihak lain untuk memfitnah dan menjatuhkan perusahaan Islam.

3) Dituduh bertukar tangan dengan syarikat bumiputera
KUALA LUMPUR 9 Mei - Ramly Food Processing Sdn. Bhd. yang terkenal dengan jenama Ramly Burger menafikan bahawa kepentingan syarikat itu telah dijual kepada syarikat bukan bumiputera.

Pengurus Kanan Pemasaran Ramly Mokni Sdn. Bhd., Siti Hayu Ramly berkata, tidak pernah pada bila-bila masa pegangan syarikat itu dijual dan perniagaan yang berusia 30 tahun itu kekal di tangan pengasasnya, Datuk Ramly Mokni.

Siti Hayu yang merupakan generasi kedua pengasas perniagaan itu terpaksa tampil untuk menjelaskan perkara berkenaan memandangkan pelbagai spekulasi tersebar sejak kebelakangan ini.

''Banyak kenyataan di Internet menyebarkan kononnya Kumpulan Ramly telah dijual dan ia adalah satu dakwaan yang tidak benar dan kami menafikan sekeras-kerasnya.

''Satu lagi perkara yang ingin saya tekankan bahawa semua produk kami adalah halal dan mematuhi setiap aspek dan prosedur Syariah,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Siti Hayu berkata, pihak syarikat tidak tahu menahu punca dan faktor yang menyebabkan dakwaan tersebut tersebar di Internet.

Cuma, tambahnya, jika ada pengguna yang masih was-was dengan kenyataannya, mereka boleh mendapatkan pengesahan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Beliau bagaimanapun berkata, khabar angin itu sedikit pun tidak menjejaskan perniagaan Kumpulan Ramly, sebaliknya permintaan bagi produk-produknya terus meningkat.
Malah, katanya, pada tahun lalu jumlah permintaan adalah 30 peratus lebih tinggi berbanding pengeluaran.

Pada tahun ini, kata Siti Hayu, Kumpulan Ramly telah meningkatkan kapasiti untuk memastikan bekalan seiring dengan permintaan yang semakin menggalakkan. Kumpulan Ramly kini memasarkan 40 produk dan burger Ramly masih kekal sebagai produk terlaris dengan sumbangan sebanyak 50 peratus kepada perniagaannya.

Ditanya mengenai penerokaan pasaran luar negara, Siti Hayu tidak menafikan produknya telah lama mendapat permintaan tetapi ia tidak dapat dilakukan disebabkan kapasiti pengeluaran yang terhad.

''Kini kami sudah sedia, cuma belum bergerak ke arah itu, Kumpulan Ramly perlu membuat kajian terperinci untuk memastikan kami berupaya bersaing di luar,'' tambahnya.

Beliau tidak menolak kemungkinan akan memasarkan produknya di pasaran serantau dan Thailand dijangka menjadi destinasi pertama Kumpulan Ramly.Dalam pada itu, Siti Hayu berkata, Kumpulan Ramly kini memperkenalkan pek baru bagi produk burger ayam dan dagingnya.

Katanya, pembungkusan dalam bentuk bantal itu mengandungi enam keping burger ayam dan daging diperkenalkan untuk mengekalkan kesegaran dan kualitinya.

4) Hanya dianggap sebagai sampah di Singapura
Burger Ramly sangat popular di Malaysia, Burger Ramly merupakan Ikon makanan yang kita tahu mudah didapati di pasar malam atau di kiosk - kiosk kaki lima diwaktu malam  tetapi di Singapura hanya di kenali sebagai pembungkus makanan. Ini kerana kerajaan Singapura telah mengharamkan daging dan ayam Ramly Burger disana buat jangka waktu yang lama .

Sebaliknya apa yang ada adalah daging dengan jenama seperti Tasty, Sultan Burger and Armiya,kesemuanya dibuat di Singapura. Pengasas Burger  Ramly mencipta resepi burger keluarannya pada tahun 1979.Lima tahun selepas pelancaran, Ramly burger boleh didapati dimana - mana seluruh Malaysia  termasuk  Singapura, Thailand ke Filipina dan Indonesia.Tetapi hanya kertas pembungkus , mayonis, dan makanan sejuk beku seperti bebola sotong yang dipasarkan di Singapura.